Para Tetamu

Wednesday, February 25, 2009

Jurnal WSEAS ke Cairo....

Alhamdulillah, siap gak jurnal nie...
Jurnal yg bertajuk" Preliminary Study on Automotive Gearbox Using Ultrsonic Signal for Condition based Monitoring (CBM) Purpose".....
Skunk juz tggu green light dari bos utk submit or edit yg mne patut...
Hopefully..berjalan lancar r
So skung nk siapkan satu ag jurnal berkaitan ngan gearbox gak...
kali nie nk submit ke International Jurnalof Engine Research..
OK chow

Monday, February 23, 2009

Saat -Saat Pertunangan

Friday, February 20, 2009

Mutiara Kata Jumaat...

“Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.” – DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

1 hari menjelang Hari keramat


Hari nie, Jumaat...
Tinggal esok 1 hari sblum hari baru dalam hidup....
Persiapan "still on" ag...
'Dia' dah start cuti hari nie....
katanya utk continue kerja2 utk Ahad...
Petang nie aku nk pg Nilai 3...
Nk lengkapkan apa yg x lengkap...
Pastu mybe aku nk pg umah member aku,..
nk amik Video Cam...(Biasa r borrow dlu nk beli sen xcukup)
Aku da setkan 'Camera man'...
Member2 aku gak...
So nanti aku upload dlm blog nie...
Tuggu jer r...
Klu ader pluang, aku upload video skali...
pepagi camnie pekena nescafe panas ngan ns grg (dia masak)..
mmg feel....
So takat nie jer yg aku nk tulis...
Nnt aku sambung citer utk sok lak...
preparation menjelang Hari Keramat...
Chow dlu...
Adios.....

Thursday, February 19, 2009

2 hari sebelum....

2 hari ag menuju hari aku nk change gear...
Aku still menjalankan aktiviti spt biasa....
dtg keje kul 8.30am....
balik kul 10.00pm sbb malam nie ajar tusyen (sains form 3&2)
Sume preparation family aku yg prepare...
aku juz lepak kt Bkt Mahkota sambil mkn meggi...huahuaua
Sabtu nie aku nk pegi beli pahar ngan alas pahar...
Tapi sblim tue aku kne ngajar ag dr kul 2-4pm...
Math ngan sains darjah 4&5....
so last preparation hari Sabtu nie r...
Mulanya igt nk sewa jer pahar....
tp dah mahal la plak...
sebiji dalam RM25...Mybe yg jenis besi kot...
Lastly aku ushar kat Nilai 3, kat kedai TQ....
sebiji dalam RM23 jer...siap ader yg harga RM10.90..(tapi tu yg cikai r bentuk cam ufo)
Ikut plan..family aku lepak kt umah akak aku...kat Mantin..
so gerak dari sana r..
Ok, sampai sini dlu cter aku..
Ikuti sambungan pada esok hari....^_^

Majlis Pertunangan



Majlis pertunangan Mohd Fetri Husaini Hussin & Nur Ilhamey Muhamad akan berlangsung pada 22hb Feb 2009 bertempat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Semoga Ikatan yg Terjalin akan dirahmati Allah S.W.T.......Amin

Monday, February 16, 2009

Azizi mengelilingi Semenanjung Malaysia



Sepanjang minggu lepas dari dari 7 - 15 hb Feb, Member kita Azizi Client telah mengelilingi semenanjung m'sia. Tugas selaku Ketua Sekolah Marin (klu x silap) menyebabkan beliau terpaksa menghadiri Kursus di Genting Highland 7&8hb. Kemudian pulang semula ke Perlis pada hari Isnin.
Kesokkannya plak beliau bergerak ke Johor Baharu kerana ada lawatan perbincangan ngan pusat lat polis marin ngan mmhe. Pada Hari Jumaat tolak pi k.trgganu nak pi tgk bot kat sana ari ahad( ayat azz sendiri)otw tu aku sggh temerloh pekena ikan patin bks student belanja......patin sungai tu.
Akhirnya cita2 member kita da tercapai...anda bila lagi.

Yahudi di seluruh dunia!!!!


Kebelakangan ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KG; Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?


Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Sumber :- Petikan Utusan Malaysia Online/Omag.org

Thursday, February 12, 2009

Messi & Fetri Profile Almost same



Personal profile


Full name : Lionel Andres Messi
Date of Birth : 24 June 1987
Place of Birth : Rosario, Argentina
High : 169cm
Playing Position : Winger/second striker



Personal Profile

Full name : Mohd Fetri Husaini
Date of Birth : 24 June 1984
Place of Birth : Selangor, Malaysia
High : 168cm
Playing Position : Winger/second striker

majalah


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Tuesday, February 10, 2009

Hasil Risikan....

Setelah dibuat kajian dan risikan, maka termaktup r tarikh 22hb Feb 2009 sebagai tarikh keramat(Change gear 4).Perkenalan lebih kurang setahun sebagai "member" akan bertukar kepada "sahabat". Tempat kajian dan risikan yg terletak di Bandar Baru Bangi ini juga bakal menjadi lokasi utk tarikh keramat tersebut. Diharap segalanya akan berjalan lancar.Amin....

Pertukaran Status!!!!

Insyallah, Kalau xder aral melintang, tanggal 22hb Februari 2009,
Status aku akan bertukar, bak kata Anam Masuk Gear 4.
Tunggu Update Blog nie selepas tarikh yg dinyatakan di atas

Ibnu Hussin

Hiddink akan ke Stamford Bridge???


Guus Hiddink yg merupakan Pengurus pasukan Kebangsaan Rusia adalah calon paling tepat bg menggantikan pengurus yg baru dipecat, Luis Filipe Scolari. Spekulasi semakin kuat apabila hubungan antara Hiddink ngan owner The Blues, Roman Abrahimavic nie dikatakan kamcing ( kira comolot r). Hiddink 'success' membimbing Korea Selatan layak ke pusingan separuh akhir Piala Dunia 2002, Selain Rusia yg menonjol pada pertandingan Euro 2008. Mamat ni pun telah melahirkan star2 dari Rusia Seperti Andrei Arshavin(Arsenal) ngan Roman Pavlyuchenko (Tottenham Hotspurs). So Fan Chelsea Cool.......

Friday, February 6, 2009

Jadual Pusingan Kalah Mati Liga Juara-Juara Eropah



First knockout round


Atlético - Porto First leg 24/02 Second Leg 11/03
Lyon - Barcelona First leg 24/02 Second Leg 11/03
Arsenal - Roma First leg 24/02 Second Leg 11/03
Internazionale - Man. United First leg 24/02 Second Leg 11/03
Real Madrid - Liverpool First leg 25/02 Second Leg 10/03
Chelsea - Juventus First leg 25/02 Second Leg 10/03
Villarreal - Panathinaikos First leg 25/02 Second Leg 10/03
Sporting - Bayern First leg 25/02 Second Leg 10/03
Ehsan dari http://www.uefa.com/

Wednesday, February 4, 2009

Harimau Muda Memenangi Kejohanan Jemputan Di Lunar


Skuad Harimau Muda



Pemain terbaik kejohanan & Penjaga Gol Terbaik Kejohanan

Setelah kecewa dengan pasukan kebansaan yg tewas 5-0 kepada UAE pada kelayakan Piala Asia, Kini kekecewaan itu sedikit terubat dengan kejaya pasukan Harimau Muda memenangi Kejohanan Jemputan Antarabangsa di Lunar, Hong Kong. Pasukan yg dibimbing K. Rajagopal ini menewaskan Kelab Shen Zhen dari China 1-0 dan juga tuan rumah Hong Kong dengan 2-0 sekaligus menobatkan pasukan ini sebagai juara. Selain itu 2 pemain dari pasukan Harimau Muda dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan (Mohd Afizze Faizal Bin Mamat) dan juga Penjaga Gol Terbaik Kejohanan (Sasikumar Kishok Kumar). Di harap kejayaan ini akan berterusan...
Ibnu Hussin

Arshavin Bersama "The Gunners"


Setelah menunggu lama, akhirnya Andrei Arshavin tiba di Emirate Stadium. Dengan yuran perpindahan sebanyak 17 juta pound mengakhiri kemelut yg melanda kelab yg diberi gelaran "The Gunners" ini. Kehadiran Arshavin mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban pengurus pasukan, Arsene Wenger diatas masalah kecederaan pemain yg dihadapi Arsenal ketika ini. Di harap kehadiran Arshavin dapat memeriahkan lagi liga perdana Inggeris (walaupun aku tgh bengang dengan referee dorang (Mike Riley) ). Menurut laman web goal.com arshavin dijangka akan menyarung jersi No. 23.
Ibnu Hussin

Tuesday, February 3, 2009

Quaresma Join Chelsea on loan....



Setelah melalui detik yg sukar pada hujung minggu lepas, Chelsea mendapat semgat baru dgn kehadiran Ricardo Quaresma dari San Siro. Semasa perlawan dgn seteru mereka Liverpool, Chelsea seperti dipermainkan oleh pengadil perlawanan Mike Riley (bangau) apabila Frank Lampard dilayangkan kad merah (walaupun dia yg kene sepak ngan Xabi Alonso). Kekalahan itu menyebabkan Chelsea jatuh tangga ke 3 bt masa ini. Kehadiran Quaresma yg pernah Dibimbing oleh bekas pengurus pasukan kebangsaan Portugal Luis Filipe Scolari ini, pasti akan dapat memberi kesan terhadap corak permainan Chelsea selepas ini. Kepada semua peminat Chelsea, diharap akan terus menyokong kelab yg diber jolokan "The Blues" ini.

Ibnu Hussin

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger