Para Tetamu

Tuesday, March 31, 2009

Dia Dah Masuk....



Dia dah masuk da....
Jgn salah faham, maksud tajuk diatas adalah berkenaan gaji yg sudah lama ku nanti...
Baru r lega hati aku...
setelah sekian lama tuggu, akhirnya..
pasnie leh r aku gunakan gaji nie, nak settlekan sumer utilities aku...
Hutang yg mane ader...
beli keperluan rumah...
klu ader balance...leh r berfoya-foya...hahaha
, x lupa utk simpanan...
Biasa r, utk somthing yg special thn depan...
Juga akan digunakan utk bt balancing ngan alignment keta aku...
Last aku nk guna utk kursus kawen daa...

Monday, March 30, 2009

Gaji Oh Gaji...




Gaji Oh Gaji...xtau r, nak meraung ke...nk nangis...
dah 30hb gaji x masuk ag...
apa r nk mkn nie...
nie kes bendahari x bt keja r nie...
xpe r....sabar tue separuh dari iman...
semoga ada r rezeki aku pas nie...
mybe sok gaji masuk r....
(ayat nak sejukkan hati..Huhuuhu)

Friday, March 27, 2009

Lirik Lagu- Entah (Afgan)


kutahu, kau selingkuh

kau duakan cintaku yang tulus

kau tahu, diriku

tak pernah berpaling dari dirimu

tega nya kau dustai semua

janji kita berdua

entah masih kah ada cinta dihatiku untuk mu

entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu…

tak pernah ku bayangkan

cerita kita berakhir begini

tega nya kau dustai semua

janji kita berdua

entah masih kah ada cinta dihatiku untuk mu

entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu...

masih kah ada ...

cinta dihati ini

dihati kecilku berharap kau masih bagian dari hidupku...

entah masih kah ada cinta dihatiku untuk mu

entah kapan kah ku dapat membuka hati ini, untuk mu..


"Tunang aku suke lagu nie...so aku publish r kat sini senang dia nk nyanyi. Melody lagu nie pun bleh tahan r. So klu saper nak layan jiwang leh layan lagu nie..Enjoy the song"

Mutiara Jumaat Ibnu Hussin

"Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah."

Thursday, March 26, 2009

Berita Sedih Campur Kelakar...

Semalam, berlaku satu tragedi yg agak ngeri di Bentong. Satu kemalangan telah berlaku(tidak dpt dijelaskan tempat kejadian) antara 2 buah motorsikal. Salah sebuah motorsikal tersebut telah melanggar motorsikal yg lain dan menyebabkan pembonceng motorsikal tersebut melambung. Apabila ditanya kepada mangsa, Fatin (bukan nama sebenar) merupakan pembonceng tersebut. Katanya "Saya tidak sedar.Tapi semasa saya melambung tu saya ada nampak bangunan". Begitu kata mangsa yg hanya mengalami bengkak pada tangan dan kaki. Banyak benda lain nk tengok, bangunan gak yg dia nampak, lain r tengok tempat nk jatuh ke, member yg bawak motor tu ke.hehehe. Harap maaf kepada yg terasa. Nasihat kepada penunggang dan pembonceng motorsikal, Amik lesen dulu sebelum naik motor.

Pandu dengan cermat..Ingatlah orang yg tersayang.

Belasungkawa Arwah Pakcik Zul....









Semalam, 25hb Mac 2009, merupakan hari yg menyedihkan bagi keluarga makcik Normah(Kakak Ipar Mak Cau). Pakcik Zul telah menghembuskan nafas yg terakhir pada jam 6.30am hari Rabu 25hb mac 2009. Beliau yg mengidap penyakit kencing manis telah disahkan meninggal oleh pihak Hospital Kuala Lumpur. Penyakit yg dihidapinya selama hampir 3 bulan menyebabkan sebelah daripada kakinya terpaksa dipotong bagi mengelakkan penyakitnya merebak lebih teruk.
Jenazah tiba di rumahnya pada tengahari dalam lingkungan pukul 11.30am. Setelah kesemua anak2 beliau tiba dirumah, mayat jenazah telah dimandikan dirumah beliau sendiri. Jenazah dimandikan oleh petugas Masjid Kg. Nahkoda dibantu oleh ahli keluarga. Jenazah dikafankan dirumah sebelum dibawa ke Masjid Kg. Nahkoda untuk disembahyangkan. Setelah selesai solat Asar, jenazah disembahyangkan dan seterusnya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Tua(berdekatan pintu masuk bernombor.512). Semoga roh beliau ditempatkan bersama insan2 yang soleh..Amin

Al-Fatihah untuk Arwah Pakcik Zul..

Tuesday, March 24, 2009

DugaanKu


Arinie aku berdepan ngan dugaan yg agk berat...
Aku dekat2 nk nak kalah ngan dugaan nie...
tapi Alhamdulillah, aku still dapat sabar ag...
Dugaan nie sama mcm aku kne ikat kt pokok, org letak sarang kerengga...
Aku pkkan org yg lama nasihatkan aku(mak aku) yg slalu suruh aku sabar...
tapi aku mc nak give up gak...
Harap2 x jumpa ag ngan dugaan yg mcm nie...
Sbb org kata sabar nie ader batas gak...
takut ble dah melampaui batas...
Aku x dapat pk nnt...
Harap Tuhan dapat membantu aku mengatasi dugaan nie...
Dan juga meringankan dugaan...
Aku pun nk berdoa semoga Iman dan kesabaran aku ditingkatkan...
Ok r, aku tulis nie pun nk release tension aku...
chow dlu r...
Adios

Monday, March 23, 2009

Keputusan Akhir



Pasukan Ikhtisas sekadar berada di tempat keempat pertandingan bola sepak sukan staff UKM 2009 apabila tewas kepada pasukan pentadbiran 6-1 untuk menentukan tempat ke-3 dan ke-4.
Pada perlawanan separuh akhir, Ikhtisas telah tewas kepada pasukan perkhidmatan 5-3. Pasukan perkhidmatan yg diketuai bekas pemain Selangor dan Kuala Lumpur, Mohd Farid Dewan sememangnya sebuah pasukan yg disegani dan juga merupakan Johan tahun 2008. Walaubagaimana pun, pengalaman nie amat bermakna. No-4 pun x kisah aslkan dapat T-shirt huahuahua...

Friday, March 20, 2009

Ikhtisas dan FST Sekadar Seri




Keputusan perlawanan persahabatan diantara Ikhtisas dan FST semalam berkesudahan seri 2-2.
Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Azriasire(magic) dari pasukan Ikhtisas hasil hantaran silang daripada Fetri Husaini (Ibnu Hussin) pada minit ke 15. Berselang 10 min selepas itu, gol kedua Ikhtisas dijaringkan oleh Farid(technician). 5 min sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiup pasukan FST dapat merapatkan jurang menjadi 2-1. Apabila sepak mula separuh masa kedua bermula, FST sekali lagi berjaya menjaringkan gol 1 min selepas wisel ditiupkan. Gol kontrovesi itu menjadi perbualan hangat kerana jaringan itu terhasil ketika Ikhtisas hanya mempunyai 9 org pemain.Walaubagaimanapun, perlawanan ini hanyalah perlawanan pemanas badan sebelum perlawan sebenar bermula pada petang ini. Perlawan hari ini akan bermula jam 5.30 pm di antara Pentadbiran Vs Sains di padang A UKM Bangi dan juga Sastera vs Ikhtisas di Stadium UKM. Marilah beramai-ramai memeriahkan gelanggang memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda.

Majulah sukan untuk negara
Fetri husaini melaporkan untuk Ibnu Hussin.blogspot.com

Thursday, March 19, 2009

Friendly ngan FST




Semalam seblum aku nk gerak blk, aku dapat kol...
Tgk pada no, aku x knl...
tapi xpe aku angkat jer...
Skali En. Rosli yg kol...
Dia cakap "Fetri, petang esok(hari nie) ada friendly ngan FST pukul 5.30pm")...
Aku cakap ok jer...
Aku tanya gak, kat mne vanue dia...
Katanya vanue kat padang A UKM...
So petang nie aku ader game kat padang A UKM...
Sesapa yg ader lalu or lewat kata org Indonesia...
singgah r kat padang A UKM...
Chow...
Adios Amigos..

Peluang Baru...




Semalam, my future brother in law nak jumpa...
Dia kata ader peluang nk tambah pendapatan...
So dia ajak pegi office dia kat Hulu Klang...
Aku pun pg ngan tunang aku lepas keje...
Sampai jer kat situ, aku di kenalkan dengan Kak Aisyah...
PA Abg Mus (my future brother in law r)...
So Kak Aisyah nie bawak r kitorang bejalan tgk2 office dia...
Boleh tahan gak, dua tingkat kaler pink & Purple...
Pastu yg peliknya, pekerja dlm tu pun pki baju sama ngan dinding(pink or purple)...
Nak kata uniform, pattern lain2...
Lantak r, diorangnyer office, suka ati dorang r nk pakai pe pun...
Kak aisyah tanya kitorang nk minum ke x...
aku kata nk solat dlu (Time 2 da kul 6 lebih da nak kul 7)...
so kitorang pun di bwk ke surau...
Bleh tahan surau dia, small and sweet...
Abg mus xder, dia ader meeting...
pas solat, aku pegi lepak mnum ngan tunang aku kat Bangi Kopitiam...
aku minum je r (maklum r da tgh bulan)...
Lepas solat maghrib, kitorang pegi blk kt office tue...
kali nie aku dgr ader music plak kt dlm office tue...
Apahal lak nie...
xpe aku truskan gak perjalanan ku...
aku jumpa abg mus, dia suruh aku register kat buku registration...
pastu kitorang masuk dlm blk seminar...
sbb jap ag ader talk oleh geng2 bro aku nie...
Bro aku nie agen unit trust CIMB...
diorang cter r ttg benefit ngan pencapaian yg diorang da dpt...
Kira gempak r...
Ada yg pkai fairlady,BMW...
diorang nie sumer fulltime...
Aku cam minat gak....
tapi, aku serahkan pada Yg Lebih Mengetahui...
Aku nak bt Istikharah dlu...
mintak petunjuk....
Ok r klu nie rezeki aku nk kawein, aku grap opportunity nie...
InsyAllah.....

Wednesday, March 18, 2009

Playing Football For Ikhtisas in Sukan Staf UKM 2009



Semalam aku dapat kol dari mmbr...
Dengar suara dia bt aku cuak...
"Woi ko turun bawah skunk, ada meeting.."
Dalam ati aku " apahal mamat nie tetiba je ajak aku meeting..."
Dengan muka blur aku pun turun r kt tempat yg dia cakap tadi...
Sampai je kat lab Thermal, aku tgk ramai geng2 technician dalam bilik 2...
Aku ader r knal beberapa org, tp ader gak yg x kenal...
Aku pun masuk bilik tu sbb aku nmpk mmbr aku ader kat dalam...
Elok aku msk je dalam bilik tu, mmber aku strait tarik aku...
Dalam ati, "aik dorang nie nak rumble aku beramai2 ke?"...
Standard r pk negative dlu...
Pastu mmbr aku td bawak jumpa En Rosli(Ketua Tecnician)...
Apsal lak nie????
En. Rosli trus hulur satu jadual, pastu dia suruh aku tulis nama, no matrik ngan IC...
Aku tulis nama. pastu aku ushar jadual tu...
Dia tulis sukan staf UKM 2009 acara bola sepak...
Baru r En. Rosli bgtau yg aku diminta main bola wakil Ikhtisas...
Ikhtisas ni adalah gabungan pegawai dalam perkhidmatan teknikal di ukm...
So aku join group tecnichian r...
Aku pk gak da lama x main bola kt padang nie...
Slalu main futsal jer, itu pun pancit...
Tp disebabkan sumer game Ikhtisas men kt stadium UKM...
Aku pun trus terima r...
Game akan start hari jumaat nie...
Esok (Khamis) maybe ader friendly...
tapi x tau ag ngan team mana...
Terpaksa set up balik r Boot aku...
da lama x pakai...
Kat bawah nie ader jadual game tue...
Doakan kejayaan Ikhtisas, Gue skali r tue...
Ok Chow dlu...

Adios Amigos...

Tuesday, March 17, 2009

Ayat Seribu Dinar






Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3 :

Firman Allah SWT yang bermaksud :

{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah mendapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


WALLAHU A'LAM..

Sumber Daripada http://ibnismail.wordpress.com



Monday, March 16, 2009

Gadget minggu ini (Kamera Digital Olympus Mju 1030SW)




Olympus Mju 1030 SW adalah model Olympus yg tahan lasak.Kamera digital yg juga model kamera digital terbaik hasil kajian majalah T3 ini merupakan kamera digital yg kalis air, kalis beku, tahan gegaran, tahan beban dan tahan calar. Kamera ini boleh bertahan sejauh 10m di dalam air, menahan suhu serendah -10'C, danjuga dapat menahan bebanan seberat 100Kg. Kamera ini mempunyai 3 variasi warna iaitu, Platinum Silver, Midnight Black and British Green. Selain dar tahan lasak kamera ini juga direka dengan reka bentuk yg Stylo. Dengan 10.1 Megapixel dan ditambah dengan 6.9cm/2.7" HyperCrystal II LCD menjadikan gambar yg akan diambil lebih jelas. Berikut adalah Features untuk kamera nie:

Olympus Mju 1030 SW - Features

• Exciting shots in and by the pool and water as waterproof to 10m
• Take it anywhere, anytime as shockproof up to 2.0m
• Crushproof 100kg
• 10.1 Megapixels to make poster-size prints
• 3.6x wide optical zoom (equiv. to 28-102mm) for stunning close-ups
• 6.9cm/2.7" HyperCrystal II LCD with a bright display even in brilliant sunlight
• LCD at extreme angles (230,000 dots)
• Scratchproof metal body in: Platinum Silver, Midnight Black and British Green
• Face Detection Technology for perfectly focused and exposed faces
• Correct exposure of other image areas
• Digital Image Stabilisation for less blur
• Better low light shooting thanks to BrightCapture Technology
• Best companion also in winter as freezeproof
• 24 scene modes for the best results in different situations
• Liven up your memories with movie recording with sound (VGA resolution 30fps)
• TruePic III image processor for faster image handling and higher image quality
• Optional underwater case PT-043 (40m depth)

So kepada sume yg minat ngan kamera terutama member2 yg sukekan adventures, kamera nie mmg sesuai r klu nk bwk camping ke, jungle tracking ke, naik gunung ke...x pun nk tangkap gambar coral yg cantik2 dalam laut ( based on display kt atas r). Gua rasa kamera nie mmg terbaik r. Dari segi harga plak lebih kurang dalam GBP272.99 atau RM 1,415.40.

Friday, March 13, 2009

Nilai Tudung





Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Sumber Daripada http://www.darulnuman.com

Mutiara Jumaat Ibnu Hussin

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling manis ialah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. "

Tuesday, March 3, 2009

Kisah Penggunting Rambut

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.
 '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger