Para Tetamu

Friday, March 20, 2009

Ikhtisas dan FST Sekadar Seri




Keputusan perlawanan persahabatan diantara Ikhtisas dan FST semalam berkesudahan seri 2-2.
Gol pertama perlawanan dijaringkan oleh Azriasire(magic) dari pasukan Ikhtisas hasil hantaran silang daripada Fetri Husaini (Ibnu Hussin) pada minit ke 15. Berselang 10 min selepas itu, gol kedua Ikhtisas dijaringkan oleh Farid(technician). 5 min sebelum wisel penamat separuh masa pertama ditiup pasukan FST dapat merapatkan jurang menjadi 2-1. Apabila sepak mula separuh masa kedua bermula, FST sekali lagi berjaya menjaringkan gol 1 min selepas wisel ditiupkan. Gol kontrovesi itu menjadi perbualan hangat kerana jaringan itu terhasil ketika Ikhtisas hanya mempunyai 9 org pemain.Walaubagaimanapun, perlawanan ini hanyalah perlawanan pemanas badan sebelum perlawan sebenar bermula pada petang ini. Perlawan hari ini akan bermula jam 5.30 pm di antara Pentadbiran Vs Sains di padang A UKM Bangi dan juga Sastera vs Ikhtisas di Stadium UKM. Marilah beramai-ramai memeriahkan gelanggang memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda.

Majulah sukan untuk negara
Fetri husaini melaporkan untuk Ibnu Hussin.blogspot.com

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger